EN BM

Polisi Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Kumpulan Asia Onehealthcare

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial di Malaysia dan terpakai kepada Asia OneHealthcare Berhad serta anak-anak syarikatnya yang beroperasi di Malaysia.

Asia OneHealthcare Berhad dan anak-anak syarikatnya yang beroperasi di Malaysia dan Vietnam secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan Asia OneHealthcare”. Bagi maksud Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi Kumpulan Asia OneHealthcare ini (“Polisi”), rujukan kepada “kami” hendaklah bermaksud Asia OneHealthcare Berhad dan anak-anak syarikatnya yang beroperasi di Malaysia sahaja, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Bagi maksud Polisi ini, istilah “Data Peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan dalam Akta. Pemprosesan Data Peribadi oleh anak syarikat kami yang beroperasi di Vietnam tertakluk kepada polisi privasi dan perlindungan data peribadinya serta undang-undang yang terpakai di Vietnam.

Bagi mengelakkan keraguan, entiti di luar Malaysia dan Vietnam yang diberi lesen atau kebenaran untuk menggunakan mana-mana jenama Kumpulan Asia OneHealthcare bukan sebahagian daripada Kumpulan Asia OneHealthcare bagi maksud Polisi ini. Sebarang penzahiran atau pemindahan Data Peribadi kepada entiti tersebut hendaklah dianggap sebagai penzahiran atau pemindahan kepada pihak ketiga mengikut Akta.

Polisi ini menerangkan cara Kumpulan Asia OneHealthcare menggunakan dan melindungi maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Sekiranya kami meminta anda memberikan maklumat tertentu yang membolehkan anda dikenal pasti, maklumat tersebut hanya akan digunakan mengikut Polisi ini.

Polisi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan sedia ada dan/atau bakal pelanggan, pekerja, pakar perubatan, perunding, pembekal barangan dan/atau perkhidmatan serta individu lain yang Data Peribadinya diproses oleh kami berkaitan dengan transaksi komersial, dan berfungsi sebagai notis perlindungan data peribadi kami menurut Akta.

Polisi ini bertujuan memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak kami. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami atau terus berkomunikasi dengan kami, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan data tersebut menurut Polisi ini, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kami boleh mengumpul pelbagai maklumat berhubung dengan anda, termasuk data peribadi sensitif dan tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, bangsa, agama, jantina, nama syarikat, nombor Kad Pengenalan Malaysia atau pasport, kewarganegaraan, data biometrik, profil DNA, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, butiran kad kredit, butiran akaun bank, maklumat kesihatan, data peribadi kanak-kanak, pilihan makanan, alahan, gambar, pekerjaan, pendidikan, status perkahwinan, rakaman video, imej CCTV, rekod perubatan dan semua Data Peribadi lain yang mungkin kami kumpulkan daripada anda dari semasa ke semasa.

Data Peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya bagi tujuan:

  • melaksanakan aktiviti prakontrak dan kewajipan kontrak kami dengan anda serta memastikan anda melaksanakan kewajipan prakontrak dan kontrak anda kepada kami;
  • memastikan anda terus menerima rawatan perubatan;
  • menghubungi anda sekiranya terdapat perubahan tarikh janji temu;
  • mengurus rekod dan laporan perubatan;
  • memudahkan proses pembayaran berkaitan pesakit;
  • melaporkan data peribadi kepada badan berkaitan dan/atau pihak ketiga menurut undang-undang yang terpakai kepada industri penjagaan kesihatan;
  • berkongsi data peribadi dengan entiti dalam Kumpulan Asia OneHealthcare;
  • menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan;
  • tujuan pemasaran, pengiklanan dan tinjauan;
  • memudahkan urusan keperluan peribadi pesakit dari luar negara (contohnya permohonan visa);
  • mentadbir dan menjawab permintaan, pertanyaan, aduan dan isu perundangan;
  • memudahkan aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan pekerja;
  • mengemukakan dan mendaftarkan borang serta lesen berkaitan kepada pihak berkuasa kawal selia dan/atau pihak ketiga menurut undang-undang yang terpakai kepada industri penjagaan kesihatan;
  • tujuan pendidikan dan latihan (menggunakan data yang telah dinyahnamakan jika boleh);
  • menilai kelayakan kredit anda dan memproses sebarang pembayaran yang berkaitan dengan anda;
  • tujuan insurans, pentadbiran pihak ketiga dan mana-mana pihak ketiga lain;
  • menguatkuasakan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau perundangan;
  • pengurusan rekod dalaman;
  • menjalankan aktiviti dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, tinjauan/penyelidikan pasaran, analisis trend, penyusunan statistik, pelaporan, audit, pematuhan, pengurusan risiko, analitik data dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menambah baik perkhidmatan, sokongan operasi serta pengurusan perniagaan kami di seluruh Kumpulan Asia OneHealthcare;
  • mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau kawal selia seperti audit dan/atau permintaan daripada badan kawal selia;
  • memulakan prosiding mendapatkan semula hutang terhadap pihak yang gagal membayar;
  • menyediakan dan menambah baik produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda serta mengiklankan dan memberikan maklumat kepada anda (seperti acara, tawaran atau promosi) berhubung dengan produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan Asia OneHealthcare dan rakan perniagaannya, termasuk tanpa had menghantar surat berita elektronik, bahan pemasaran promosi, memudahkan penyertaan anda dalam pertandingan atau acara, ucapan dan mesej perayaan/hari lahir, hadiah dan/atau baucar;
  • mengurus dan melaksanakan transaksi komersial anda dengan kami;
  • memberikan anda akses kepada mana-mana platform dalam talian, aplikasi mudah alih atau laman yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami (“Platform”), memantau penggunaan anda terhadapnya serta mentadbir dan mengurus Platform tersebut; dan/atau
  • apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bagi melanjutkan tujuan-tujuan di atas.

(secara kolektif, “Tujuan-Tujuan”).

Data Peribadi anda boleh dikumpulkan daripada sumber berikut:

  • secara langsung daripada anda atau wakil anda apabila anda atau wakil anda mengisi borang untuk mendaftar bagi produk dan/atau perkhidmatan kami, termasuk borang dalam talian dan borang pendaftaran di fasiliti kami, atau menghubungi kami melalui e-mel, surat atau panggilan telefon, atau apabila anda menyertai tinjauan pelanggan dan promosi serta semasa aktiviti pemasaran;
  • apabila anda bertanya tentang atau menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami atau menyertai acara, termasuk tanpa had apabila anda menggunakan Platform kami (melalui Platform dan/atau kuki);
  • daripada apa-apa maklumat atau dokumen yang anda serahkan atau berikan kepada kami bagi mana-mana Tujuan-Tujuan (seperti kad pengenalan, pasport, slip gaji dan/atau penyata bank anda), termasuk tanpa had borang soal selidik atau tinjauan;
  • daripada mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan anda seperti majikan/bakal majikan, ejen, syarikat insurans dan/atau fasiliti/penyedia penjagaan kesihatan lain;
  • daripada orang atau sumber lain yang anda benarkan untuk menzahirkan maklumat berhubung dengan anda kepada kami;
  • daripada acara;
  • daripada rakaman CCTV;
  • daripada rakaman audio/video;
  • daripada surat doktor;
  • daripada laporan dan/atau rekod perubatan; dan
  • daripada apa-apa maklumat dan/atau data peribadi lain yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa.

Tertakluk kepada peruntukan Akta, anda berhak meminta akses kepada dan pembetulan Data Peribadi anda serta menghubungi kami berhubung dengan apa-apa pertanyaan atau aduan mengenai Data Peribadi anda (termasuk pilihan dan cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda atau menghentikan atau tidak memulakan pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) dengan menggunakan butiran hubungan berkaitan dalam Senarai Hubungan yang tersedia di sini.

Tertakluk kepada peruntukan Akta, anda boleh, setelah membayar fi yang ditetapkan jika berkenaan, membuat permintaan mengakses data secara bertulis kepada kami dengan melengkapkan Borang Permintaan Mengakses Data yang dilampirkan sebagai Lampiran A dan mengembalikannya kepada kami. Permintaan pembetulan Data Peribadi dan permintaan lain berkaitan hak anda di bawah Akta boleh dikemukakan kepada kami menggunakan butiran hubungan berkaitan dalam Senarai Hubungan.

Tertakluk kepada sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak dan pemberian notis yang munasabah kepada kami, anda boleh menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, atau meminda persetujuan yang pernah diberikan bagi pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda. Penarikan balik atau pindaan tersebut tidak menjejaskan apa-apa pemprosesan Data Peribadi yang selainnya dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai dan mungkin menjejaskan keupayaan kami menyediakan produk atau perkhidmatan tertentu kepada anda, bergantung pada sifat dan tujuan pemprosesan berkenaan.

Bergantung pada permintaan anda, terdapat keadaan yang membolehkan kami enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data, dan kami akan memaklumkan penolakan serta alasannya kepada anda melalui notis bertulis.

Kami juga boleh menghendaki pemohon Data Peribadi (sekiranya pemohon bukan pemilik Data Peribadi) mengemukakan borang persetujuan pemilik Data Peribadi yang membenarkan serta memberikan indemniti kepada kami untuk menzahirkan atau membetulkan Data Peribadi tersebut.

Tertakluk kepada peruntukan Akta dan syarat-syarat di dalamnya, anda boleh, dengan memberikan notis bertulis melalui cara elektronik, meminta kami menghantar Data Peribadi anda secara langsung kepada pengawal data lain pilihan anda, tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data.

Anda wajib memberikan butiran yang ditandakan dengan asterisk (*) atau dinyatakan sebagai wajib dalam borang kami (secara kolektif, “Data Peribadi Wajib”).

Jika anda enggan atau gagal memberikan mana-mana Data Peribadi Wajib atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, satu (1) atau lebih akibat berikut mungkin berlaku, yang mana kami tidak akan dipertanggungjawabkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang:

  • ketidakupayaan pihak-pihak untuk memuktamadkan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian, memudahkan penyediaan perkhidmatan kami atau mengambil pekerja;
  • ketidakupayaan kami untuk terus mentadbir apa-apa hubungan sedia ada antara anda dengan kami, menyediakan perkhidmatan dan/atau produk kepada anda atau terus melaksanakan apa-apa kewajipan kontrak kami kepada anda, jika ada;
  • ketidakupayaan kami untuk memaklumkan anda tentang perkhidmatan dan/atau produk terkini kami dan/atau tarikh janji temu;
  • ketidakupayaan kami untuk menyelesaikan transaksi berhubung dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  • ketidakupayaan kami untuk mematuhi apa-apa undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, garis panduan dan/atau kod yang terpakai kepada kami; dan/atau
  • penamatan apa-apa aturan, perjanjian dan/atau kontrak antara anda dengan kami.

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak berikut:

  • entiti lain dalam Kumpulan Asia OneHealthcare;
  • pakar perubatan/perunding kami yang merawat pesakit di hospital kami;
  • syarikat insurans dan/atau organisasi penjagaan terurus;
  • bank, institusi kewangan, pengeluar kad kredit atau kad debit bagi pemprosesan pembayaran;
  • syarikat semakan kredit;
  • agensi kutipan hutang bagi mendapatkan semula hutang tertunggak kepada kami;
  • majikan anda;
  • waris terdekat atau orang hubungan kecemasan anda sebagaimana yang anda maklumkan kepada kami dari semasa ke semasa;
  • organisasi penyelidikan;
  • organisasi kebajikan masyarakat;
  • profesional perubatan dan penjagaan kesihatan;
  • pihak luar yang berkaitan apabila pesakit dipindahkan ke fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan atau swasta yang lain;
  • ibu bapa atau penjaga kanak-kanak;
  • penyedia perkhidmatan, pembekal, ejen, kontraktor dan vendor yang memproses data bagi pihak kami, seperti pakar perubatan di hospital kami, pusat data yang disumber luar dan makmal luar yang menyediakan perkhidmatan diagnostik;
  • makmal dan penyedia perkhidmatan diagnostik yang mungkin berada di luar kawalan persekitaran hospital swasta;
  • pusat data yang mengehoskan data bagi hospital;
  • peguam luar;
  • juruaudit dan akauntan luar;
  • badan kerajaan, agensi mereka dan organisasi berkaitan lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Insolvensi Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia;
  • badan kawal selia dan/atau berkanun serta badan yang diluluskan yang mengutip manfaat pekerja, termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Zakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji dan Sistem Insurans Pekerjaan;
  • badan akreditasi; dan
  • mana-mana pihak ketiga yang anda minta atau benarkan bagi mana-mana Tujuan-Tujuan.

Pemproses data pihak ketiga kami dikehendaki memproses Data Peribadi anda mengikut prinsip yang ditetapkan oleh kami dan/atau undang-undang yang terpakai. Mereka juga bertanggungjawab memastikan Data Peribadi anda dilindungi pada tahap keselamatan yang sewajarnya menurut undang-undang perlindungan data yang terpakai dan piawaian industri yang diterima.

Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses secara selamat oleh kami. Kami bertekad untuk mengambil langkah perlindungan dan prosedur pentadbiran serta keselamatan yang wajar bagi mengelakkan pemprosesan yang menyalahi undang-undang, serta kehilangan, pemusnahan atau kerosakan tidak sengaja pada Data Peribadi anda. Akses kepada Data Peribadi anda adalah terhad dan hanya diberikan kepada kakitangan yang diberi kuasa bagi tujuan menjalankan tugas mereka atau selainnya mengikut Polisi ini.

Data Peribadi anda hanya akan disimpan selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini dan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kontrak yang terpakai. Selepas itu, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi tersebut dimusnahkan, dipadamkan secara kekal dan/atau dinyahnamakan (jika berkenaan) mengikut undang-undang yang terpakai dan polisi dalaman kami.

Kami mungkin memerlukan bantuan anda jika Data Peribadi berhubung dengan orang lain (contohnya, waris terdekat anda) diperlukan untuk memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk berusaha sedaya upaya membantu kami apabila diperlukan. Sekiranya Data Peribadi mana-mana pihak ketiga diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Polisi ini dan bersetuju untuk kami mengumpul Data Peribadi beliau bagi mana-mana Tujuan-Tujuan sebelum Data Peribadi beliau diberikan kepada kami, jika dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke tempat di luar Malaysia menurut Tujuan-Tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini, termasuk kepada (a) entiti kumpulan kami di Vietnam; (b) pihak ketiga di luar Malaysia, termasuk entiti yang diberi lesen atau kebenaran untuk menggunakan mana-mana jenama Kumpulan Asia OneHealthcare, jika diperlukan untuk penjagaan anda atau atas permintaan anda; dan (c) penyedia perkhidmatan kami yang terletak di luar Malaysia, dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda untuk pemindahan tersebut.

Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan Data Peribadi anda. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini.

Berkenaan dengan: (i) Data Peribadi berhubung dengan kanak-kanak (iaitu individu di bawah umur 18 tahun, “Kanak-kanak”), sila ambil perhatian bahawa persetujuan diperlukan daripada ibu bapa atau penjaga Kanak-kanak tersebut atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas Kanak-kanak tersebut; dan (ii) individu yang dianggap tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri (“Orang Khas”), sila ambil perhatian bahawa kami memerlukan persetujuan daripada orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal Orang Khas tersebut atau orang yang telah diberi kuasa secara sah atau sah mengikut undang-undang untuk bertindak bagi pihak Orang Khas tersebut. Jika berkenaan, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Kanak-kanak atau Orang Khas tersebut seperti yang dijelaskan di atas dan bahawa anda bersetuju, bagi pihak Kanak-kanak atau Orang Khas tersebut, terhadap pemprosesan (termasuk penzahiran dan pemindahan) Data Peribadi Kanak-kanak atau Orang Khas tersebut mengikut Polisi ini. Sekiranya anda menyerahkan mana-mana Data Peribadi anda kepada kami (sebagai tambahan kepada Data Peribadi Kanak-kanak atau Data Peribadi Orang Khas), anda juga bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda mengikut Polisi ini. Kami boleh memproses Data Peribadi anda (sebagai tambahan kepada Data Peribadi Kanak-kanak atau Data Peribadi Orang Khas) menurut Polisi ini berdasarkan peruntukan ini, atau jika kami bergantung pada mana-mana asas undang-undang lain yang tersedia di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai.

Sekiranya berlaku sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Polisi ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.

Kami boleh meminda Polisi ini mengikut keperluan contohnya, untuk mematuhi perubahan dalam operasi perniagaan atau undang-undang atau peraturan. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan pada Polisi ini melalui notis di Platform kami atau cara lain yang sesuai (contohnya dengan mengemas kini halaman ini). Anda hendaklah menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini tentang sebarang perubahan. Dengan terus menggunakan produk/perkhidmatan kami, berkomunikasi dengan kami dan/atau mengakses atau menggunakan mana-mana Platform kami, dan/atau bersetuju dengan menandakan kotak yang kami sediakan khusus untuk pemprosesan Data Peribadi, selepas dimaklumkan tentang sebarang perubahan pada Polisi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dengan perubahan tersebut.

Updated Version Dated June 2026

Data Access Request Form